Angel Wing Heart


About Me

My photo
Seorang yang suka melayari internet&menyanyi.. :)

Wednesday, 31 October 2012

Allah menjanjikan Yang Terbaik

Kadangkala kita tidak pandai menghargai kehadiran seseorang dalam hidup kita, kita menolaknya dan mensia-siakan kehadirannya di sisi kita..dan apabila dia sudah KECEWA dengan kita, pergi menjauh dari kehidupan kita..apabila tiba satu masa kita mula menginginkannya, barulah kita sedar dan mula mencarinya semula, namun saat itu sudah tidak bermakna lagi..kerana dia telah jauh membawa diri..
Manusia akan menghargai sesuatu apabila dia telah kehilangan sesuatu..bagi diriku, biarkan cinta itu pergi..cinta sejati pasti akan kembali..kerana Allah telah menjanjikan jodoh hati bagi setiap hambaNya... :)
 

Suka ka?komen and like ja.. :)

Redha Atas ketentuan Ilahi

Derita sekali sekala mencuit hati
Hati remuk menangis sendiri
Setiap kali gembira menjengahi
Ujian pula datang menguji

Kini bukan masanya untuk bersedih lagi
Mahu ku besarkan jiwa ini
Sebesar tenggungjawab yang diamanahkan Ilahi

Jangan risau
Selepas ini mungkin
Segalanya tidak akan ada lagi
Setelah hati diremukkan berkali-kali
Pelangi pasti menyusuli.

InsyaAllah.
Aku juga tidak pasti
Apa yang pasti
Redha atas ketentuan Ilahi
Membuat aku tersenyum kembali =)

Suka ka?komen and like ja.. :)

aku masih ingat

aku masih ingat lagi saat pertama kali kita berkenalan.,
Perasaanku berdebar-debar, hatiku bergetar tak menentu di saat kau katakan 'Aku Cinta Padamu'.,
Kaulah lelaki pertama yang telah berjaya mencuri hatiku.,
Hari demi hari kita saling menyayangi, saling melengkapi.,
Sehingga aku tidak sanggup untuk berjauhan denganmu walaupun sesaat.,
Sampai begitu sekali pEnangan 'CINTA'., hEhEhE..
Bagiku kau 
adalah Cahaya dikala aku kegelapan, kau Teman di saat aku kesunyian, kau Penawar di saat aku kesedihan, dan kau Kekuatan di kala aku lemah.,
Tapi... setelah aku berikan Segala kasih sayangku untukmu, setelah aku Ukirkan hatiku dengan namamu, kau pergi tinggalkan aku...
Kau Hancurkan hatiku, kau Musnahkan segala impianku, kau Robek kepercayaanku.,
Kenapa? Kenapa? Dan kenapa?
Tahukah kau apa yang aku alami saat itu?
Mengertikah kau perasaanku??
Kau tak peduli semua itu, kau terus pergi tinggalkan aku..
Aku tahu mungkin ini Jalan hidupku..
Aku pasrah kerana ku tahu semua itu ketentuan dariNYA.. Tiada Jodoh antara kita..
Cuma aku ingin kau tahu, betapa Sukarnya untuk aku buang Kenangan itu dan betapa Sukarnya untuk aku hapuskan Ukiran namamu dihatiku..
Walaupun ianya telah berlalu, ia masih Terpahat disanubari dan masih segar diingatan.,
Mungkin aku boleh Memaafkan segalanya tapi aku tak mampu untuk Melupakan apa yang pernah berlaku di antara kita.. Terima kasih buat dirimu 'CINTA PERTAMAKU' kerana Pernah menyayangi diri ini dan terima kasih di atas Luka yang kau berikan...

Suka ka?komen and like ja.. :)

Leraikanlah segala kekusutan ini Ya Allah

Ketika ingin melelapkan mata kaulah orang terakhir diingatanku
Bila ku celik mata kaulah orang pertama yang terbayang diingatan
Dan sepanjang hari kau sentiasa berada difikiranku
Bagaimana mungkin aku dapat menjauhkan diri darimu......
Andainya dia bukan untukku Ya ALLAH..Kau hilangkanlah segala rasa itu
Palingkanlah hati diantara kami semogaga terlerai segala kekusutan...

Suka ka?komen and like ja.. :)

~Jangan Sakiti Tulang Rusuk mu~


~Jangan Sakiti Tulang Rusuk mu~

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa.Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat
 menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya.

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kes ibubapa dan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.

Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran.WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing" .

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITAtidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI: belum

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah. WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz
"Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.....

Nota Kasih Sayang :
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat.Kerana itu,jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati.Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?
 

Suka ka?komen and like ja.. :)

Biar Allah Yang Tentukan

Ingαtlah bαhαwα αpα yang kitα rαsα terbαik itu belum pαsti menjαnjikαn yang terbαik untuk kitα. Ðαn setiap yang menyαkitkαn itu tidαk semestinyα pαhit di hujungnyα. Selαlu ingαt bαhαwα αpα yg Allαh buαt untuk kitα, αdαlαh yang terbαik untuk kitα. Ðαri situ kitα αkαn mulα belαjαr erti redhα. Kitα tidαk mαmpu mengαwαl αrαh tiupαn αngin, kitα hαnyα mαmpu mengαwαl kemudi pelαyαrαn kitα". "Biarlah DIA yang menjaga hati ini..dan sehingga tiba masa.. DIA menghalalkan hati ini untuk berkongsi cinta dengan dia yang dipilih-NYA... 

Suka ka?komen and like ja.. :)

Mencintai Tidak Bererti Memiliki

Mencintai tidak bererti KITA akan memilikinya..

Wahai anak adam (LELAKI)..

Andai seseorang wanita itu telah ditakdirkan menjadi tulang rusukmu & engkau pula ditakdirkan sbagai peneman hidupnya..

Biar trpisah 7 lautan, 7 benua sekali pun, takdir tetap akan menyatukan kamu bila sudah tiba masanya nanti..

Namun sekiranya telah tertulis di Loh Mahfuzh sana dia bukan milikmu, biarpun dia (wanita) berada dekat padamu nescaya untk menyentuh bayang2nya saja sekalipun tidak akn tercapai oleh mu..
 

Suka ka?komen and like ja.. :)

My Blog List